Tuesday, November 3, 2009

KuRelaKaN SeGaLaNya....


Malam kian melabuhkan tirainya. Hati diulit keresahan memikirkan segala persoalan yang bermain di fikiran. Kebimbangan untuk berdepan dengan perjuangan yang masih belum selesai. Perasaan rindu kepada insan yang ku sayang juga bagaikan tidak dapat dilindungi di sebalik raut wajah ceria. Mungkin ini adalah ujian bagiku. Berperang dengan hawa nafsu yang bisa membuatkan insan alpa dan leka. Aku harus tabah!. Ini adalah satu perjuangan untuk menuju kejayaan. Kejayaan yang akan memberi kebahgiaan dan kegembiraan buat insan-insan yang ku sayang. Biarlah waktu berlalu dengan pantas, biarlah mata terbuka sehingga ke pagi, biarlah airmata mengiringi perjalananku. Ini adalah satu usaha yang mampu aku lakukan pada ketika dan saat ini. Jika diikutkan hati, ingin sahaja aku menjerit melepaskan perasaan yang terpendam. Biarlah semua orang tahu apa yang terbuku di hati. Namun ku tahan jua.....agar tiada insan yang turut merasai beban ini. Biarlah aku sendiri menanggung segalanya. Inilah jalan yang aku pilih untuk meneruskan ranjau kehidupan. Airmata tidak dapat ditahan tatkala diri sujud menghadap Ilahi, hanya kepadaNya tempatku meluahkan perasaan. Inginku rebahkan sahaja badanku ini, tidak terdaya menanggung kesakitan di jiwa. Perasaan yang sering meletakkan aku di dalam situasi kesedihan. Aku tidak suka orang lain memandangku dengan perasaan simpati, aku hanya berserah padaMu Ya rabbul Izzati..........

Wednesday
12.10 a.m

No comments:

Post a Comment