Tuesday, August 31, 2010

Gotong-royong Di Rumah Dr.Omari



























Pada 28.Ogos yang lalu, aku dan sahabat2 seperjuangan (Paie,Syazwan,K.nadia,Mun,Dilah dan Rozielah) bersama2 mengerah tenaga menolong Dr.Omar mengangkat barang-barang beliau untuk pindah ke rumah baru. Melihat keadaan rumah ustaz pada waktu itu, benar-benar membuatkan hati ini pilu. Keadaan rumah yang retak, kecil dan sempit bagiku benar-benar tidak selesa. Anak-anak kecil ustaz yang ku lihat selalu ceria bermain di hadapan rumah, tidak langsung menggambarkan kehidupan mereka berada di dalam rumah yang serba kekurangan itu. Mereka memang sebuah keluarga yang bahagia. Ustaz mempunyai seorang isteri dan 8 orang anak. Kesemuanya masih bersekolah. Kehidupan mereka begitu tenang dan bahagia. Sentiasa memberi senyuman kepada kami tatkala bersua muka. Jihad seorang guru jelas terpancar di wajah ustaz. Sentiasa mempunyai masa untuk anak didiknya. Mereka hidup dalam keadaan yang serba sederhana. tetapi mereka tetap menjadi hamba yang bersyukur. Aku pernah melihat dari jendela, isteri ustaz balik dari pekan dan membawa pulang sebungkus keropok sayur. Berapalah sangat jika dikira pada isi di dalamnya. Anak-anak mereka berlari menyambut ibu yang baru pulang dari pekan. Menjerit2 seronok ibu membawa pulang makanan. Lalu istri ustaz membahagikan setiap seorang sekeping keropok sayur dan diletakkan di atas tapak tangan mereka. Ya Allah....jelas kelihatan kegembiraan di wajah mereka. Rasa nak menitis airmata melihat situasi begini..Meskipun orang kata gaji seorang pensyarah itu tinggi, tapi jika kita selami hidup mereka, pasti ada yang masih berada di dalam kekurangan. Aku bersyukur, ahli rumah kami selalu juga menghulur lauk-pauk untuk dikongsi bersama. Mereka juga saling menghulurakan walau tanpa dipinta.
Operasi mengangkat barang berjalan dengan lancar. Walaupun jumlah kami sedikit, tapi kerja yang dijalankan dapat diselesaikan dengan segera. Itulah pentingnya nilai kerjasama. Syukran jazilan wat sahabat2 yyang sama2 berganding bahu menolong ustaz baru2 ni =)



No comments:

Post a Comment