Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam.
Rasa syukur juga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih memberi aku dua nikmat yang paling berharga iaitu IMAN dan ISLAM.
Selawat dan salam ke atas nabi junjungan,Nabi Muhammad s.a.w.
Hari Isnin...
Hari yang cerah penuh barakah,
Ku terjaga dari lena,
Alhamdulillah..
Aku masih bernafas,
Terjaga dari mati yang seketika,
Tidak dapat aku bayangkan,
Jika nyawaku diambil dari badan,
Tatkala diri sedang asyik dibuai mimpi,
Adakah aku sudah bersedia??
Allahuakbar!Allah Maha Besar,
Rahmatilah hidupku ini,
Matikanlah aku di dalam iman dan islam...
Ku Bangkit dan menuju ke jendela,
Melihat alam ciptaan Ilahi yang begitu indah dan cantik,
Melihat awan yang kian bertukar warnanya,
Persoalan bermain di fikiran,
Jika aku bisa menggapai awan?
Namun itu semua tidak mungkin,
Ampunkan diriku ini Ya Allah,
Insan yang tidak pernah cukup dengan apa yang ada,
Astaghfirullahala'zhim..
Muhasabah diri buat seketika....
Keadaan sekeliling terlalu sunyi,
Hanya kedengaran suara burung-burung yang sedang menyanyi,
Merdu sungguh suara makhluk ciptaanNya,
Bisa menarik hati yang rindu,
Bisa terubat jiwa yang pilu,
Ketenangan kian dirasa,
Aku harus mulakan langkah,
Masih ada tanggungjawab yang belum selesai,
Musafir bumi mencari redha Ilahi,
Mencari ilmu walau pelbagai rintangan menghalangi,
Doa ibu dan ayah sentiasa mengiringi perjalananku ini,
Sokongan dan dorongan dari mereka yang ku sayangi,
Menyuntik semangat dalam perjuanganku ini.....
أشكر الله وشكرا جزيلا إليكم
Nurkamilah binti Mauludin,
Pencari RahmatNya,
Isnin,
19-10-2009
9.00a.m
Pencari RahmatNya,
Isnin,
19-10-2009
9.00a.m
No comments:
Post a Comment