Tuesday, October 20, 2009

Keajaiban-Molekul Air Zam Zam


Satu seminar mengenai AIR yang berlangsung di Hotel Istana telah dihadiri oleh kebanyakan participant yang terdiri daripada orang bukan Islam kecuali 2 orang ustaz (Ustaz Abdullah dan seorang pensyarah dari UM).
Penceramahnya seorang Profesor yang pakar tentang air dari Jepun. Beliau menunjukkan hasil kajiannya mengenai air . Beberapa slide ditunjukkan dan dipancarkan di layar putih kepada hadirin. Sampel-sampel air yang diambil dari berbagai sumber (sungai,laut, perigi dan bermacam lagi).
Maka terpancarlah berbagai rupa molekul air dari sampel-sampel tersebut. Ada yang berupa seperti jin,namun samar-samar dan tidak jelas kelihatan(dengan telingan yang besar,bertanduk dan sebagainya). Rupa yang menggerunkan dan menakutkan. Kemudian, profesor itu menunjukkan satu sampel yang berlainan dari sampel-sampel air sebelumnya.
Profesor itu menunjukkan sampel itu lalu terpancarlah satu rupa bentuk molekul air yang tersusun cantik berupa seolah-olah seperti berlian (bersegi-segi), bersinar-sinar dan sinarannya mengeluarkan warna-warna yang menarik melebihi 12 warna. MasyaAllah!cantik!
Lalu profesor itu bertanya:''Siapakah antara kamu semua yang tahu sampel air apakah ini?"
Hadirin semuanya membisu.Kemudian, pensyarah dari UM mengangkat tangan dan menjawab: "Saya rasa itu adalah sampel air zam- zam."
Profesor berkenaan memanggil pensyarah tersebut naik ke atas dan bertanya:"Berikan sebab kenapa anda mengatakan itu adalah air zam-zam?"
"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia di dunia ini",jawab pensyarah UM. Profesor berkata:" Saya tidak tahu air zam-zam itu mulia atau tidak,tapi memang benar,ini adalah sampel air zam-zam.''
Kemudian profesor mengatakan bahawa, kata-kata juga dapat mempengaruhi rupa bentuk molekul-molekul air.Semua hadirin diminta untuk membaca sesuatu kepada air mineral mereka. Lalu seorang volunteer bangun untuk menguji bagaimana rupa air yang telah dibaca. Bila ditunjukkan di skrin, kelihatan molekul air membentuk seolah-olah seperti tokong Cina (berjanggut dan perut yang buncit).
Bila tiba giliran ustaz,air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat dan Ayat Kursi, maka nampaklah rupa molekul air seperti berlian dan berkilau-kilau...Subhanallah.
"Jika hendak air itu manis,tambahlah gula.Jika hendak air itu cantik,tambahlah warna.Jika hendak air itu mulia,maka masukkanlah ayat-ayat yang mulia kepadanya".

No comments:

Post a Comment