Wednesday, February 23, 2011

The Engagement Day(22.12.2010) Slideshow

The Engagement Day(22.12.2010) Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ The Engagement Day(22.12.2010) Slideshow ★ to Perak and Pahang by Mie&Miela. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

Wednesday, September 1, 2010

Dinner with My Bestfriends Forever..

Chicken Cop yang Marvellous!!!
Kuew Teow goreng basah..memang menyelerakan!(^_*)

Dalam banyak2 yang aku order,yang ni jugak yang paling sedap!fresh oren.Yang aku order ni pn gelas saiz kecik,tapi memang penuh perut kalau minum, belum gelas besar ag!huhu!
Rasanye...mmmm...manis2 buah gitu!


Nak suh Lin abiskan chicken cop ni.Perut dah rsa dugai....=(



Yahhh...begitu selera sekali Fath n Dilah =)




Hajar...suka sokmo dapat makan.Citarasa die memang power!



Yummmm...yummy...kenikmatan yang tidak terkata!



Fath & Dilah dah mengantuk time tunggu makanan sampai =)




Sementara tunggu, baik bergambar dulu (^_*)



Hari isnin(30.08.2010) yang lepas, aku dan 4 orang sahabat baik(Hajar,Lin, Fatrah,Dilah) pergi dinner tuk buka puasa bersama2. Excited betul rase nk gi. Buka pose ptg ni hanya dengan sedikit kuih dan air tebu je, coz nk save ruang tuk dinner malam ni.hehehe! And then terus solat maghrib n bersiap. Malam ni hajar drive bawak kitorg gi makan. Die kt chicken chop kt kedai tu sedap..mmm...Yummy!inilah kali pertama aku nk try chicken chop!hehe!

Aish!kul 8 lagi kitorg dh siap.Tinggal tunggu Hajar je datang amik kt umah. Hajar kt die gi anta Su n Quyah ke stesen kereta api dulu. Tp mcm2 mslh yg b'laku, kul 10 lbih br Hajar sampai. Aduh...perut aku dh rasa dugai,lama sangat tahan lapar,perut pun dah pnuh dengan angin. Tapi bila sampi kt kedai tu,hebat gak makanan yg aku order.huhuhu! (Kuew Teow goreng basah, chicken cop & air fresh oren).Fuh!mmg dahsyat!...tapi...aku rasa cam bese je.Perut dh rase lain macam. Makanan sampai,tp aku x dpt habiskan. Chicken cop pn aku makan sikit je. Nasib baik kawan2 tolong habiskan, klu x m'bazir je. Alhamdulillah, dapat gak wat dinner sem ni, walaupun mcm2 hal yg b'laku =)










Tuesday, August 31, 2010

Berbuka Puasa bersama Keluarga Dr.Omar & Sahabat Seperjuangan.






























Alhamdulillah dapat peluang berbuka bersama keluarga Dr.Omar dan sahabat2 yang lain. Berbuka kali ni ustaz menyambut kedatangan kami dengan begitu mesra sekali. Terasa kemeriahannya. Sebelum berbuka, kami telah melakukan majlis tadarus al-Quran bersama2 dan berhenti apabila masuknye waktu berbuka. Juadaha yang dtelah disedia dan dimasak sendiri oleh isteri ustaz begitu banyak dan sedap2 belaka. Alhamdulillah....rumah yang akn ustaz dan keluarga tinggal kali ini juga cukup besar dan selesa untuk mereka sekeluarga. Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi. Mudah2an ukhuwwah yang terbina ini akan kekal selamanya. Amin.... =)







IFTAR JAMAIE (Berbuka Puasa di Rumah Baru Dr.Omar)28.08.2010








































































Gotong-royong Di Rumah Dr.Omari



























Pada 28.Ogos yang lalu, aku dan sahabat2 seperjuangan (Paie,Syazwan,K.nadia,Mun,Dilah dan Rozielah) bersama2 mengerah tenaga menolong Dr.Omar mengangkat barang-barang beliau untuk pindah ke rumah baru. Melihat keadaan rumah ustaz pada waktu itu, benar-benar membuatkan hati ini pilu. Keadaan rumah yang retak, kecil dan sempit bagiku benar-benar tidak selesa. Anak-anak kecil ustaz yang ku lihat selalu ceria bermain di hadapan rumah, tidak langsung menggambarkan kehidupan mereka berada di dalam rumah yang serba kekurangan itu. Mereka memang sebuah keluarga yang bahagia. Ustaz mempunyai seorang isteri dan 8 orang anak. Kesemuanya masih bersekolah. Kehidupan mereka begitu tenang dan bahagia. Sentiasa memberi senyuman kepada kami tatkala bersua muka. Jihad seorang guru jelas terpancar di wajah ustaz. Sentiasa mempunyai masa untuk anak didiknya. Mereka hidup dalam keadaan yang serba sederhana. tetapi mereka tetap menjadi hamba yang bersyukur. Aku pernah melihat dari jendela, isteri ustaz balik dari pekan dan membawa pulang sebungkus keropok sayur. Berapalah sangat jika dikira pada isi di dalamnya. Anak-anak mereka berlari menyambut ibu yang baru pulang dari pekan. Menjerit2 seronok ibu membawa pulang makanan. Lalu istri ustaz membahagikan setiap seorang sekeping keropok sayur dan diletakkan di atas tapak tangan mereka. Ya Allah....jelas kelihatan kegembiraan di wajah mereka. Rasa nak menitis airmata melihat situasi begini..Meskipun orang kata gaji seorang pensyarah itu tinggi, tapi jika kita selami hidup mereka, pasti ada yang masih berada di dalam kekurangan. Aku bersyukur, ahli rumah kami selalu juga menghulur lauk-pauk untuk dikongsi bersama. Mereka juga saling menghulurakan walau tanpa dipinta.
Operasi mengangkat barang berjalan dengan lancar. Walaupun jumlah kami sedikit, tapi kerja yang dijalankan dapat diselesaikan dengan segera. Itulah pentingnya nilai kerjasama. Syukran jazilan wat sahabat2 yyang sama2 berganding bahu menolong ustaz baru2 ni =)



Tuesday, August 24, 2010

Rindu Bertandang..


Salam....

Kaifahalukum??..

Dah lama blog ni terbiar begitu saje.

My friend,Sue suh aktif semula.hehehe...

Wat masa ni tiada lagi bahan yang ingin diisi.Harap2 akan datang boleh memberi 1 info yang lebih menarik dan berguna. Sebelum ni lebih kepada aktiviti harian. Moga2 dapat tambah input lain...InsyaAllah...

Friday, November 27, 2009

Raya Yang Diulit Keresahan dan Kesedihan..

Assalamua'laikum....
Selamat Hari Raya semua....

Arini dah masuk raya yang kedua..tapi aku still ag x berjalan ke mana.1 umah pn aku x gi beraya ag. Aku memang xde mood raye ni.Sume serba serbi x kena.Sedih je ati ni. Aku tunggu orang jela yang sudi bertandang ke rumah ni.

Sehari sebelum raye, terkejut rase bila dapat berita pakcik aku accident. Pakcik aku ni anak keempat tok aku. Keadaan pakcik memang parah. Orang kampung kata berlaku banyak pendarahan.Bila orang antar g klinik,darah keluar membasahi baju pakcik. Doktor kt klinik pn x mampu nk rawat. Doktor kt klinik Pekan tu sarankan orang bw p.cik ke hospital besar Kuantan. Pakcik terus x sedarkan diri.Banyak sangat darah yang keluar. Esok dh nak raye,tp kami masih menyembunyikan hal ni dr tok. Rasa serba salah lak,anak tok kemalangan,tapi kami still merahsiakan hal ni dr tok.Makcik aku x bg kami bgtau tok,coz keadaan tok skang ni pn x chat.Kalau tok tau,mesti tok sedih n terkejut.Kami kt cni hanya menunggu berita dari mak cik. Malam sebelum raye,tok x dapat tidur lena. Mungkin die dapat rasakan anak die dilanda musibah yang x diduga ni.Kami cuba tenangkan tok. Kami x penah lekang dari sisi tok wat ms ni. Tok cakap,die rase cam nk mati.Kitorang rs sedih sanagt bila tok cakap cmtu. Tp tok cakap,x payah sedihla, kalau Allah nak amik nyawa tok, tok akan mati gak.

Kami dapat berita dari makcik lewat malam...tok dah tido time ni.Makcik kt,pakcik ade pendarahan dalam otak.Ya Allah..selamatkanlah pakcik aku....Dalam otak pakcik gak bila doktor scan,ade darah beku.Kepala dan muka pak cik bengkak,doktor x dapat wt operation wat ms ni.Kena tunggu bengkak surut, baru leh lakukan sesuatu.

Doktor terpaksa letakkan pakcik dalam keadaan duduk,coz bila dibaringkan, darah sentiasa keluar dekat mulut,telinga dan hidung pak cik. Wat ms ni, pakcik baru sedar,tp die masih x tau die berada di mana.Kesian pakcik...Tp...kesian gak kat tok....Ya Allah,ampunilah dosa kami kerana merahsiakan hal ni pade tok...Selamatkanlah pakcik aku...amin...

Esoknye raye,kami sume duk kt umah je. Tp alhamdulillah,dapat berita dari makcik yang pakcik dah sedar. Cuma pakcik x byk cakap. Die dah x hiraukan orang sekeliling yang datang melawat. Pakcik asyik pndg tepi je.Bila lapar,makcik suapkan pakcik makanan.Tp,setiap ape yg masuk,msti pakcik muntah balik. Makcik kesian tgk p.cik.mak cik bg die minum,tp still gak xleh masuk. Jd, doktor nshtkn supaya makcik x bg p.cik makan ape2. Doktor hanya memasukkan air melalui wayar . Wat mase ni, itu jela tempat p.cik bergantung...dan tok plak,sampai arini tok masih x tau hal yang sebenar.Maafkan kami tok...Kami nk bgtau tok,tapi terlalu ramai yang menghalang......Apelah daya kami.....